Tahukah anda tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting bagi seorang ibu demi mengekalkan kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman mereka? Ini dikenali sebagai tempoh berpantang.
Lazimnya, masyarakat Melayu berpantang selama 40 hari bagi mengembalikan kecergasan wanita.
Amalan seperti berurut, bertuam, bertungku, berbengkung, dan berbarut mungkin agak melecehkan bagi sesetengah orang tetapi kesan dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.
Pun begitu, amalan ini semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutamanya bagi ibu-ibu muda.
penjagaan selepas bersalin menitkberatkan ibu mendapat rehat secukupnya, pengambilan makanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan yang baik namun kaedah tradisional turut perlu diamalkan.
Kini rawatan tradisional dan kontemporari semakin mendapat tempat untuk tujuan rawatan kesihatan selepas bersalin.
“Rawatan ini dikatakan mampu membantu mencegah penyakit meroyan yang sering terjadi kepada wanita selepas bersalin.
“Ini terbukti apabila peratusan insiden meroyan masih rendah di Malaysia iaitu dalam anggaran 3.9 peratus dan mungkin kerana majoriti wanita Malaysia mengamalkan amalan tradisional dalam penjagaan selepas bersalin,
Salah satu amalan yang kian dilupakan masyarakat kini ialah bertangas.
Selain daripada memperbaiki di bahagian luaran, kaedah bertangas ini mampu memberi impak hinggakan ke dalam badan sekiranya dilakukan seberapa kerap. Kaedah bertangas amat mudah sebenarnya, tetapi ia kian dilupakan dengan wujudnya produk-produk baru.
“Amalan ini sesuai untuk remaja hingga wanita yang baru mencapai usia menopaus.
Bertangas juga dapat membuang toksik dalam badan, membersih, menghilangkan keputihan, melancarkan aliran darah, mencegah penyakit sakit puan dan mengecutkan urat-urat yang kembang akibat daripada proses bersalin