Friday, 28 June 2013

Mandi Bunga


Mandi Bunga 

 




 
Sebut sahaja pasal mandi bunga yang terlintas di fikiran kita adalah hanya dikhaskan untuk para pengantin baru. Mandi bunga sebenarnya sesuai untuk semua golongan tidak kira yang masih anak dara  ataupun yang sudah berkahwin apatah lagi mereka yang kekurangan masa untuk beriadah, mandi bunga mampu menyegarkan dan mengharumkan tubuh badan anda . Mandi bunga  juga mempunyai khasiat yang tersendiri.   Antaranya adalah seperti berikut :

  •  menyegarkan  tubuh badan
  •  menghilangkan bau badan Menghaluskan kulit
  •  mengembalikan tenaga
  • menghilangkan stress
  • mengembalikan seri wajah 
  • megharumkan badan tubuh
Keterangan lanjut sila hubungi kami di talian 03-89201651 untuk temujanji

Monday, 24 June 2013

KUTIL KUTIL KUTIL

JANGAN RISAU  JANGAN BIMBANG

Kutil walaupun bukan merupakan penyakit yang menyakitkan namun begitu kelihatan hodoh atau mencacatkan wajah.   Kalau tidak dirawat dengan segera, kutil-kutil  itu akan membesar dan tergantung pada kulit wajah.  
Di  Shena Aroma Spa boleh menyelesaikan masalah kutil anda, insya-allah.
Kami membuang kutil-kutil secara semulajadi dan selamat.
Nak kelihatan cantik ..tanpa kutil-kutil tumbuh bermaharajalera pada  anggota badan anda?   Tiada lagi benda asing  tumbuh pada anggota badan anda.  Jom kita ke Shena Aroma Spa...Hubungi kami sekarang di talian 03-89201651 untuk temujanji. 
Banyak testimonia yang dapat anda lihat di blog kami.



Sunday, 23 June 2013

Stress Relief

Stress has to be managed properly, otherwise it attacks every dysfunction in your body and makes it worse.   Mental health is equal to physical health.   You can't have one without the other.

Where there seems to be too much to do and too little time
Where everthimg seems to be an uphill struggle
Where the slightest thing can set you on edge
Where sleep is difficult and you have presistent muscular pain and headaches

Hydrobath theraphy spa treatment is the best answer for you.   If you have such aliments as  stress, rheumatism, arthritis , aching muscles, insomnia , low back pain or to improve your blood circulation, you may well find some welcome relief.  

Call 03-89201651 for an appointment.

Friday, 21 June 2013

Moya Essential Oil Used In The Tub

Moya essential oil are best described as the essence of a plant, employed in variety of skincare applications to help promote physical and emotional well being. Our premium essential oils are carefully sourced from around the world using the most delicate extraction methods have been used to preserve the unique signature of the plant.
Moya  Essential Oil Used In The Tub 


Tuesday, 18 June 2013

Rambut Adalah Mahkota

Rambut adalah mahkota setiap insan.   Potongan rambut yang sesuai dengan raut wajah akan memberi kredit kepada pemilik wajah itu sendiri.  

Ada diantara  pelanggan kami yang merupakan pelanggan tetap salon terkenal yang terletak di  Pusat Membeli-belah Pavillion.   Beliau agak berhati-hati memilih salon yang sesuai untuk mengunting rambut beliau.  Beliau agak cerewet akan sentuhan pakar yang membelai  rambut beliau.   Takut-takut kalau apa yang diinginkan  tidak seperti yang diharapkan.   Pasti mengundang kecewa yang  tidak terucap.

Suatu hari, beliau mengunjungi Shena Aroma Spa untuk perkhidmat mengurut teknik kombinasi barat dan timur iaitu Singature Aroma Body Massage with FIR ( sekarang  pada harga promosi ) di spa kami.  Beliau datang bersama-sama dengan rakan beliau.   Sementara menunggu rakan beliau siap membuat  rawatan Decleor Signature Aromaplasty Facial , beliau telah mencuci rambut dan mengunting rambut.

Setelah mendapat khidmat nasihat daripada pakar rundingnan  jurugunting rambut di spa kami, beliau bersetuju untuk mengunting rambut mengikut gaya potongan yang dicadangkan oleh pakar rundingan jurugunting rambut tersebut.

Barulah kami tahu, beliau sebenarnya ingin menguji kepakaran kami dalam bidang perkhidmatan perguntingan  rambut. Setelah rambut siap dipotong,  kami dapat melihat sebuah senyuman terukir di bibir beliau.  Beliau amat berpuas hati kerana kami dapat memenuhi citarasa beliau.   Bagi kami pula, kepuasan para pelanggan adalah keutamaan kami.

Beliau tidak perlu lagi untuk ke Pusat Membeli-belah Pavillion semata-mata untuk menuggunting rambut.   Tidak ada sebab untuk beliau mengunjungi salon yang jauh lagi mahal berbanding dengan  di Shena Aroma Spa yang menawarkan perkhidmatan yang sama  tetapi dengan harga  yang jauh lebih murah.  

Kini beliau juga tidak teragak-agak untuk mengajak kawan-kawan rapat beliau yang lain untuk ke Shena Aroma Spa kerana kami menyediakan pelbagai  perkhidmatan dari hujung rambut hingga ke hujung  kaki.   Jadi tunggu apa lagi.   Jom ke Shena Aroma Spa.  



  

Wednesday, 12 June 2013

Kenali Jenis Kulit Anda (I)

Kulit terdiri daripada :
1)   Kulit Normal
2)   Kulit Kering
3)   Kulit Berminyak
4)   Kulit Kombinasi
5)   Kulit Sensitif
6)   Kulit Bermasaalah

Kulit Normal
Bersyukur kepada Allah, jika anda memiliki jenis kulit seperti ini.   Kulit jenis  ini biasanya halus dan bersih seperti bayi.

Kulit Kering
 Kulit kering biasanya kurang berminyak, tidak lembab atau kedua-dua sekali.   Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada suhu penghawa dingin.   Elakkan daripada menggunakan pembersih muka yang beralkali tinggi.   Kurang minum air atau pengambilan ubat-ubatan akan menyumbang kepada kulit menjadi lebih kering.

Kulit Berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka.   Ia berkemungkinan bermasaalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori-pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.   Di samping itu, faktor hormon (remaja) cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga akan menyebabkan kulit berminyak.
 Masaalah yang biasa dihadapi oleh mereka adalah seperti berikut :
- Blackhead
- Jerawat
- Pori- pori terbuka
- Parut
- Keseluruhan muka biasanya berminyak.



Kenali Jenis Kulit Anda(II)

Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap ransangan faktor luar seperti perubahan cuaca atau penyalahangunaan alat kosmetik, alahan  terhadap makanan yang diambil,  dan keadaan cuaca akan mempengaruhi kulit kita.

Kulit menjadi sensitif apabila :
-   Guna produk muka yang  mengandungi bahan  peservatives dan sodium Lauryl Sulfate
-   Makan sesuatu jenis makanan (boleh menyebabkan alahan pada kulit terutamanya kulit muka)
-   Terdedah dengan perfume, pewarna rambut atau apa-apa bahan kimia.
-   Mandi atau minum air yang berklorin tinggi
-   Terkena sabun atau pencuci baju
-   Berada di tempat atau bangunan yang dalam pembinaan atau pengubahsuaian
-   Sedang stress

Simptom semasa kulit sensitif :
-   Kulit menjadi merah kemerahan
-   Kulit menjadi pedih
-   Kulit mengelupas
-   Kulit rasa terbakar
-   Terdapat tompok-tompok hitam pada wajah   



Kenali Jenis Kulit Anda (III)

Kulit Kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh.   Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak.   Keadaan pori-pori adalah sekata dan halus.   Warna kulit nampak sihat dan berseri.   Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung kepada penjagaan , jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.
Masaalah biasa yang mungkin dihadapi ialah :
a)   Kelenjar minyak yang tidak sekata
b)   Muka kering
c)   Jeragat (Pigmentasi)
d)   Whitehead (Milia Seeds)

Kulit Bermasaalah 
Kulit bermasaalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar terlalu aktif.   Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan.   Jerawat terjadi apabila pori-pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan meransang pembiakan bakteria.   Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul.   Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan.   Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran darah haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi.   Gejala ini adalah hanya sementara waktu sahaja.
Masaalah yang biasa adalah seperti berikut :
1)   Blackhead
2)   Jerawat batu
3)   Jerawat
4)   Pori-pori terbuka



Kecantikan Adalah Fitrah Manusia

Salam.   Adakah anda setuju dengan saya, kecantikan adalah fitrah manusia?

Dari mata jatuh ke hati!   Pandangan pertama itu penting  kerana pandangan pertama memberi penilaian seseorang kepada kita.   Kalau kita memiliki sebuah raut wajah  yang cantik, putih bersih, kulit wajah lebih mulus dan halus, bebas dari cela dan sekata, tentu wajah kita akan kelihatan berseri-seri kan?

Kalau anda tidak memiliki raut wajah seperti saya nyatakan di atas, jangan risau.   Kami di Shena Aroma Spa sedia membantu anda, insya-allah.

Exuviance adalah produk yang sesuai untuk semua jenis kulit.  Exuviance mengandungi unsur-unsur semulajadi seperti Polyhydroxy Acids (PHAs) dan Bionics yang mampu memberi manafaat anti penuaan tanpa timbulnya masalah kemerahan dan perengsaan kepada kulit yang sentiasa wujud dalam bahan anti penuaan biasa.

Dengan penggunaan  produk Exuviance  yang bertaraf antarabangsa, produk yang mempunyai nilai mutu yang tinggi..   Produk yang diperbuat dengan teknologi yang terbaik dan terbukti secara klinikal pada zaman terkini, juga diterima dan disokong oleh pakar-pakar dermatologi dari seluruh dunia dan artikel-artikel sainstifik dalam setiap jurnal utama perubatan dan dermotologi kosmetik.   Rangkaian penjagaan kulit Exuviance sememangnya sains bagi transformasi kulit.  

Sunday, 9 June 2013

Tahi Lalat

Tahi lalat adalah penyeri.   Lebih-lebih lagi apabila tumbuh di kawasan muka.   Apabila  ada tahi lalat di muka terutamanya di pipi, nampak manis.   Namun begitu, kalau terlampau banyak, boleh menyebabkan seri muka hilang.   Apatah lagi , kalau tahi lalat itu tahi lalat hidup.   Kecil nampak comel je tapi apabila makin  besar, jadi lain pulak.

Pagi tadi. kami  telah mendapat panggilan daripada pelanggan kami, yang telah mendapat rawatan membuang tahi lalat di Shena Aroma Spa.   Pada mulanya Puan X telah berjumpa dengan doktor untuk meminta khidmat nasihat doktor untuk membuat  rawatan membuang tahi lalat pada bahagian hidung beliau. 

Doktor telah mengesorkan , beliau untuk mengunjungi  Shena Aroma Spa.
Setelah rawatan dijalankan ke atas beliau.   Beliau amat berpuas hati.   Ini adalah kerana tahi lalat yang makin membesar di hidung beliau tidak ada lagi.  Beliau amat berpuasa hati kerana parut tahi lalat beliau semakin pudar.    Seolah-olah tahi lalat tidak pernah tumbuh pada di bahagian hidung beliau.  

Di Shena Aroma Spa,  kami sangat mementingkan kepuasan para pelanggan  yang sentiasa menjadi keutamaan kami.       

Friday, 7 June 2013

Rawatan Rambut Berkelumumur

Kami, Shena Aroma Spa, menyediakan pelbagai rawatan rambut.   Antaranya ialah khidmat menggunting, mencuci, merawat rambut gugur, rambut berkelumur, kulit kepala berbau  dan sebagainya. Dengan kata lain rambut adalah mahkota bagi setiap insan.    Di Shena Aroma Spa,  kami sedia membantu menyelesaikan masaalah anda.

Seorang pelanggang, yang telah datang ke spa kami untuk mendapat rawatan kulit kepala yang berminyak dan  banyak kelumumur.   Kelumumur apabila dibiarkan tanpa rawatan yang sewajarnya,  akan menyebabkan  kulit kepala mengeluarkan  bau yang tidak menyenangkan.   Setelah mendapat khidmat nasihat daripada pakar di Shena Aroma Spa, beliau setuju membuat rawatan yang disyorkan oleh pakar kami.   Rawatan ini bukanlah cukup sekadar sekali rawatan sahaja.  Tetapi, beliau nampaknya berpuas hati dengan rawatan yang dijalankan.   Beliau telah membuat rawatan susulan  seminggu selepas rawatan yang pertama.

Beliau berpendapat, kadar bayaran yang dikenakan  oleh  Shena Aroma Spa adalah sangat berpatutuan.  Dahulu beliau amat berhati-hati ketika  membuka tudung , takut-takut ada yang terhidu bau yang tidak menyenagkan tiba-tiba menusuk hidung.   Kini bau yang tidak menyenangkan tidak lagi  menghantui fikiran beliau.  Beliau tidak lagi berasa rendah diri  apabila hendak buka tudung untuk mengambil  wudud, malah rasa lebih yakin, hendak menunaikan  solat di mana-mana surau atau masjid.  Ini adalah kerana kebimbangan yang terbuku di hati kini telah tiada.  Solatpun jadi lebih kusyuk insya-allah.

Jangan malu atau segan.  Hubungi kami untuk membuat temujanji di talian 03-89201651.       
  

Wednesday, 5 June 2013

Kemudaratan Resdung

Resdung kalau tidak dirawat dari awal akan menyebabkan :-
- Jangkitan otak
- Alahan hidung
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Lelah akan berpanjangan
- Berdengkur secara kronik
- Selesema biasa yang melarat
- Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil

Nak tunggu sehingga mudarat??? Mencegah itu lebih baik daripada merawat!!

Shena Aroma Spa sedia membantu anda, dengan izin Allah, insya-allah.  Hubungi kami di talian 03-89201651 untuk temujanji.

Waxing

Nak cantik ?   Siapa tak nak cantik?  Kebersihan juga merupakan kecantikan yang tidak ternilai.   Pernah tak terfikir...kadang-kadang kita mengabaikan kebersihan diri...Contohnya bahagian ketiak.   Ini adalah kerana bahagian ini selalunya kita kurang memberi perhatian.  Orang tidak tahu keadaan sebenarnya ketiak kita.   Nak hitam, bulu yang tidak dicabut ke,   siapa nak tengok?  Ehm anda sebenarnya salah...Walaupun mungkin orang tidak dapat perhatikan ketiak kita tapi macam mana kita sendiri?...Suka tak , kalau tengok ketiak kita bersih , putih dan licin.  Pada mulanya apabila kami rekemen kepada para pelanggan spa kami, mereka pada mulanya agak segan.  Setelah mencuba waxing di Shena Aroma Spa.  Nak tahu apa mereka kata?  Kalau macam nie, lebih baik buat dari  dulu lagi..Tak sakit dan rawatan pun cepat..Tak nak cuba ke?

Tuesday, 4 June 2013

RESDUNG

Nak Tahu Apa Itu Resdung 

Resdung atau dalam bahasa perubatan dikenali sinusitis adalah gangguan kesihatan pada bahagian dalaman hidung.  Dalam kata lain alahan bahagian hidung kepada faktor-faktor alam sekitar dan pemaknan.

Adakan Anda Mempunyai mengidapi Gejala-gejala Berikut :

1)   Hidung tersumbat
2)   Selalu bersin pada waktu pagi
3)   Banyak lendir atau gelema pada bahagian hidung dan tekak
4)   Gatal hidung yang tidak dapat dikawal
5)   Rasa berat di bahagian muka  terutamanya di bahagian dua mata dan tidak selesa
6)   Sakit tekak yang berpanjangan
7)   Hingus cair yang selalu meleleh dan tidak selesa pada waktu pagi
8)   Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

Jika anda mengalami salah satu tanda- tanda  di atas ....Itu tandanya resdung telah mendekati anda.

Masaalah Resdung Tidak Ada Lagi Dengan Produk Multi-herbs & Sinnus Relief

Masih tercari-cari dengan rawatan resdung yang lebih selesa dan selamat.   Kami di Shena Aroma Spa  membantu anda meyelesaikan  masaalah...produk resdung Multi-Herbs & Sinus Relief menggunakan herba khazanah alam sebagai ikhtiar.   Insya-Allah jika diizinkan Allah swt.   Ketahuilah cara rawatan resdung yang telah diadaptasikan mengikut peredaran zaman iaitu "streamer"..

Kaedah ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

HYDROBATH

You'd like to lose weight?
You'd like to look pretty?
You'd like to sport but have no time to do it?
You'd like to have massage?
You'd like to improve your health?

 Hydrobath takes you  only 15 minutes.  Shena Aroma Spa will help you to regain beauty, to shed off your unwanted weight.  Call 03-89201951 now for an appoinment. 

Monday, 3 June 2013

Comments

Kami, Shena Aroma Spa , telah mendapat maklumbalas daripada salah seorang pelanggan yang datang ke spa kami tentang "Signature Aroma Body Massage with FIR ( Infra Red)' iaitu teknik urutan gabungan barat dan timur.   Sebelum mengunjungi Shena Aroma Spa, beliau mengelami kesukaran tidur malam, senak dada dan lengah-lengah anggota badan.   Setelah mendapat rawatan di Shena Aroma Spa, Alhamdulillah, dengan izin Allah, beliau boleh tidur dengan selesa pada waktu malam   Beliau juga tidak tergagak-agak untuk mengajak kawan-kawan beliau ke Shena Aroma Spa.   Anda bila lagi?    Jom ke Shena Aroma Spa.