Rambut adalah mahkota setiap insan. Potongan rambut yang sesuai dengan raut wajah akan memberi kredit kepada pemilik wajah itu sendiri.
Ada diantara pelanggan kami yang merupakan pelanggan tetap salon terkenal yang terletak di Pusat Membeli-belah Pavillion. Beliau agak berhati-hati memilih salon yang sesuai untuk mengunting rambut beliau. Beliau agak cerewet akan sentuhan pakar yang membelai rambut beliau. Takut-takut kalau apa yang diinginkan tidak seperti yang diharapkan. Pasti mengundang kecewa yang tidak terucap.
Suatu hari, beliau mengunjungi Shena Aroma Spa untuk perkhidmat mengurut teknik kombinasi barat dan timur iaitu Singature Aroma Body Massage with FIR ( sekarang pada harga promosi ) di spa kami. Beliau datang bersama-sama dengan rakan beliau. Sementara menunggu rakan beliau siap membuat rawatan Decleor Signature Aromaplasty Facial , beliau telah mencuci rambut dan mengunting rambut.
Setelah mendapat khidmat nasihat daripada pakar rundingnan jurugunting rambut di spa kami, beliau bersetuju untuk mengunting rambut mengikut gaya potongan yang dicadangkan oleh pakar rundingan jurugunting rambut tersebut.
Barulah kami tahu, beliau sebenarnya ingin menguji kepakaran kami dalam bidang perkhidmatan perguntingan rambut. Setelah rambut siap dipotong, kami dapat melihat sebuah senyuman terukir di bibir beliau. Beliau amat berpuas hati kerana kami dapat memenuhi citarasa beliau. Bagi kami pula, kepuasan para pelanggan adalah keutamaan kami.
Beliau tidak perlu lagi untuk ke Pusat Membeli-belah Pavillion semata-mata untuk menuggunting rambut. Tidak ada sebab untuk beliau mengunjungi salon yang jauh lagi mahal berbanding dengan di Shena Aroma Spa yang menawarkan perkhidmatan yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.
Kini beliau juga tidak teragak-agak untuk mengajak kawan-kawan rapat beliau yang lain untuk ke Shena Aroma Spa kerana kami menyediakan pelbagai perkhidmatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jadi tunggu apa lagi. Jom ke Shena Aroma Spa.
No comments:
Post a Comment