Kulit terdiri daripada :
1) Kulit Normal
2) Kulit Kering
3) Kulit Berminyak
4) Kulit Kombinasi
5) Kulit Sensitif
6) Kulit Bermasaalah
Kulit Normal
Bersyukur kepada Allah, jika anda memiliki jenis kulit seperti ini. Kulit jenis ini biasanya halus dan bersih seperti bayi.
Kulit Kering
Kulit kering biasanya kurang berminyak, tidak lembab atau kedua-dua sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada suhu penghawa dingin. Elakkan daripada menggunakan pembersih muka yang beralkali tinggi. Kurang minum air atau pengambilan ubat-ubatan akan menyumbang kepada kulit menjadi lebih kering.
Kulit Berminyak
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia berkemungkinan bermasaalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori-pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Di samping itu, faktor hormon (remaja) cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga akan menyebabkan kulit berminyak.
Masaalah yang biasa dihadapi oleh mereka adalah seperti berikut :
- Blackhead
- Jerawat
- Pori- pori terbuka
- Parut
- Keseluruhan muka biasanya berminyak.
No comments:
Post a Comment