Kulit Kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori-pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung kepada penjagaan , jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.
Masaalah biasa yang mungkin dihadapi ialah :
a) Kelenjar minyak yang tidak sekata
b) Muka kering
c) Jeragat (Pigmentasi)
d) Whitehead (Milia Seeds)
Kulit Bermasaalah
Kulit bermasaalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori-pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan meransang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran darah haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi. Gejala ini adalah hanya sementara waktu sahaja.
Masaalah yang biasa adalah seperti berikut :
1) Blackhead
2) Jerawat batu
3) Jerawat
4) Pori-pori terbuka
No comments:
Post a Comment